Berita

Kenapa rakyat kena GST tapi projek China dikecualikan?

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar Dr Dzulkefly Ahmad menyelar sikap ‘berat sebelah’ kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat tapi mengecualikan cukai itu bagi projek mega milik syarikat China.

“Rakyat terbeban kos sara hidup bermula dengan kutipan GST – tiga tahun sudah dikuatkuasa. Yang terakhir mereka ‘rompak’ RM42 bilion hasil GST, tarik subsidi petrol, tepung dan sebagainya – mereka tarik subsidi yang meringankan beban rakyat.

“Mereka tahu GST membebankan, (tapi) projek ECRL dikecualikan. Mengapa tidak mengecualiakan untuk rakyat? Tak nak bebankan CCCC (China Communications Construction Company)?

“Jelas mereka boleh ciplak manifesto 60 janji dan lima iltizam tapi tak mampu ciplak hapuskan GST,” kata Dr Dzul.

Tegas beliau, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan GST dihapuskan dan akan memastikan kos sara hidup rakyat ditangani.

“Kita tak macam manifesto Najib yang mengemis (untuk sokongan). Manifesto kita looking forward sebagai kerajaan baru untuk semua,” katanya lagi dalam Ceramah Kebangkitan Rakyat di Putrajaya malam tadi. – Roketkini.com