Berita

Laungan Reformasi sambut Anwar bebas!

[GALERI FOTO] Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bebas setelah mendapat pengampunan di-Raja.

Laungan ‘Reformasi’ bergema sejurus Anwar melangkah keluar dari pusat rawatan, Pusat Rehabilitasi Cheras .

Anwar sempat melemparkan senyuman dan melampaikan tangan kepada media dan penyokong sebelum memasuki kenderaan diiringi kawalan keselamatan ketat menuju Istana Negara.

 

Media dan penyokong memberi tumpuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja keluar dari Pusat Rehabilitasi Cheras setelah menjalani penjara tiga tahun. Laungan reformasi bergema sebaik Anwar melangkah keluar.Kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi kawalan ketat pasukan polis dan penjara menuju ke Istana Negara. (Foto: Hasful Zainuddin) Suasana meriah dengan kehadiran penyokong yang berhimpun di perkarangan pintu masuk Pusat Rehabilitasi Cheras. (Foto Hasful Zainuddin)

Antara penyokong yang bersemangat hadir menunggu di pintu masuk. (Foto: Hasful Zainuddin)

Penyokong menunggu dengan sabar di luar (Foto: Tzyy Ang Lim – Zeon)

Penyokong semakin ramai menunggu di luar perkarangan Pusat Rehabilitasi Cheras (Foto: Tzyy Ang Lim – Zeon)