Berita

Tabung Harapan kumpul RM7 juta dalam tempoh 24 jam, rakyat tonjol semangat patriotik

Semangat patriotik jelas ditonjolkan rakyat Malaysia apabila sebanyak lebih RM7 juta berjaya dikumpulkan dalam Tabung Harapan Malaysia dalam masa 24 jam sejak dilancarkan semalam.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, setakat jam 3 petang hari ini, jumlah sebenar yang terkumpul ialah RM7,075,508.79.

Beliau turut memaklumkan bahawa sumbangan kepada tabung berkenaan dikecualikan cukai.

“Jadi simpanlah resit,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Guan Eng juga memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan setiap hari pada jam 3 petang. – Roketkini.com