Berita

Dedah skandal lama bukti ketelusan Kerajaan HARAPAN

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan untuk memaklumkan negara berkenaan skandal kewangan yang melanda di zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Demikian kata Penolong Setiausaha Publsiti Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, mengulas pendedahan berkaitan projek saluran paip Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Ini katanya, suapaya rakyat dapat memahami bagaimana dana negara telah diseleweng oleh pentadbiran yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Kenyataan dan alasan bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia, Lokman Adam bahawa Kerajaan membuat ‘tuduhan politik’ kepada bekas Menteri Kewangan Najib Razak hanya menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) semakin hari semakin takut dan risau akan pendedahan skandal-skandal yang bakal berlaku pada masa yang terdekat,” ujar Shakir dalam suatu kenyataan.

Katanya, BN dan Lokman Adam harus sedar bahawa, tidak seperti kerajaan BN sebelum ini, kerajaan HARAPAN sekarang berani berdepan dengan masalah yang dihadapi negara.

“Jika BN merasakan tidak ada sebarang penyelewengan berlaku, kenapakah projek ini disembunyikan dalam fail merah yang tidak dapat diaudit?” soal beliau.

Shakir turut mencabar Lokman supayai tampil bertemu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi menjelaskan skandal projek saluran paip ini.

“Propaganda berunsur perkauman telah dicipta oleh Lokman Adam hanya untuk mengaburi mata rakyat.

“Namun demikian Lokman Adam harus sedar diri bahawa rakyat telah buang BN pada pilihanraya lalu, dan juga rakyat ingin bersama HARAPAN untuk membina semula negara kita yang telah dirosakkan oleh BN dan UMNO,” ujarnya.

Dalam pendedahan semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu bahawa kerajaan dahulu telah membuat pembayaran bernilai RM8.25 bilion untuk dua projek saluran paip gas, walaupun kerja baru siap hanya 13 peratus sahaja.

Jumlah keseluruhan projek terbabit adalah RM9.41 bilion, dan sepatutnya siap dalam jangkamasa dua tahun lagi.

SSER adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 dengan tujuan khusus untuk melaksanakan dua projek tersebut. – Roketkini.com