Berita

Agong rasmi pembukaan Parlimen ke-14

Istiadat Perasmian Pembukaan Dewan Rakyat ke-14 hari ini telah disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad Kelima di Dataran Parlimen pada jam 10 pagi tadi.

Majlis disempurnakan dengan Hormat Diraja sebelum pemeriksaan perbarisan batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das.

Terlebih dahulu ketibaan Anggota Parlimen dan tetamu kehormat diikuti Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selepas istiadat tersebut, seluruh Anggota Parlimen menuju ke Dewan Rakyat untuk mendengar titah perasmian.

Sesi Dewan Rakyat bermula secara rasminya semalam selepas Ahli Parlimen dari kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang mengangkat sumpah.

Sidang ke-14 bersejarah pada kali ini dikendalikan oleh Speaker, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan dibantu oleh Timbalan Speaker Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon serta Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming. – Roketkimi.com