Berita

Kerajaan bentang RUU mansuh GST

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 hari ini untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat.

Rang undang-undang pemansuhan GST tersebut dibentang sejajar dengan manifesto HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 selepas kerajaan mengambil langkah awal menetapkan GST pada kadar sifat bermula Jun lalu.

Pembentangan itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Selain itu, kerajaan juga turut embentangkan rang undang-undang baru iaitu adalah RUU Cukai Jualan 2018; RUU Cukai Perkhidmatan 2018; RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 bagi membolehkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Akta tersebut adalah sama dengan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang dimansuhkan pada tahun 2014 apabila kerajaan memperkenalkan GST.

RUU Cukai Jualan menetapkan bahawa cukai dikenakan dan dilevikan ke atas barangan bercukai yang dikilangkan di Malaysia dan dijual, digunakan atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar, atau barang bercukai yang diimport ke dalam Malaysia oleh mana-mana pihak.

RUU Cukai Perkhidmatan pula memperuntukkan bagi mengenakan, melevikan dan memungut cukai perkhidmatan bagi perkara yang berkaitan dengannya. – Roketkini.com