Berita

Kerajaan prihatin isu pemusnahan alam sekitar

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji berkata kerajaan Pakatan Harapan amat prihatin dan peka dengan isu alam sekitar khususnya melibatkan kemusnahan hutan di kawasan perkampungan Orang Asli.

Ekoran itu, pihaknya kata beliau telah dan sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam rangkan mencari penyelasaian tuntas terhadap isu berkenaan.

“Pihak kementerian akan memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pembelaan dan hak mereka sama ada keperluan air bersih, pencerobohan tanah dan kawalan alam sekitar,” katanya kepada media.

Semua kepentingan tersebut kata Tengku Zul merupakan iltizam yang terkandung dalam Buku Harapan.

Masalah kemusnahan hutan dan alam sekitar dan katanya akan dibawa dalam mesyuarat kabinet untuk dibincang dan diperhalusi agar kepentingan dan hak masyarakat Orang Asli terjamin.

Beliau berkata demikian kepada media di Mahkamah Majestret Gua Musang baru-baru ini selepas mengadakan lawatan ke kawasan blockade yang didirikan Orang Asli tempatan ekoran isu pembukaan tanah untuk perladangan dan pembalakan.

Beliau juga memberitahu, ekoran aktiviti penebangan hutan, sungai yang merupakan sumber keperluan air kepada masyarakat Orang Ali telah tercemar dan menyukarkan keadaan masyarakat Orang Asli di sini. – Roketkini.com

Kredit foto: Johnny Goh