Berita

Sabotaj punca sukar tangkap Jho Low – Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud tindakan sabotaj dalam kerajaan sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk menangkap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Saya rasa dia bersembunyi di tempat tertentu.

“(Tun) Daim (Zainuddin) kata ada orang yang beritahu dia (Jho Low). Ada masanya dia berada di Hong Kong, (tetapi) apabila kami sampai di Hong Kong, dia sudah pun terbang ke tempat lain,” katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat sabotaj dalam kerajaan dengan cara membocorkan maklumat.

Malaysia kini memburu Jho Low untuk membantu dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd. Beliau sebelum ini dikatakan berada di China. – Roketkini.com