Berita

Pembangkang tandus isu, cipta andaian kerajaan PH abai sekolah kebangsaan

Pembangkang semakin ketandusan isu apabila cuba menggambarkan kerajaan pusat yang diterajui Pakatan Harapan (Harapan) kononnya mengabaikan pembangunan Sekolah Kebangsaan.

Laman Facebook Penang Kini pada 15 Jun lalu memuat naik hantaran mengenai peruntukan untuk dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang yang mengundang kecaman pengguna media sosial.

Ada antara pengguna mempersoalkan peruntukan tersebut, sedangkan ia adalah projek lama ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Kementerian Kewangan memutuskan untuk meneruskannya selepas membuat semakan.

Hakikatnya, kerajaan Harapan tidak pernah mengabaikan kebajikan Sekolah Kebangsaan. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada Ahad lalu melawat tapak pembinaan dua buah Sekolah Kebangsaan di Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Putra dan Sekolah Kebangsaan Bertam Putra di Seberang Perai Utara, masing masing-masing menelan belanja RM27 juta dan RM18 juta, kini sedang dalam proses pembinaan.

Sekolah berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bengkel, surau, kantin, dewan serbaguna dan padang bola.

Justeru dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Harapan meminggirkan kepentingan Sekolah Kebangsaan hanyalah dakyah mereka untuk terus melaga-lagakan rakyat Malaysia. – Roketkini.com