Rencana

DAP Pahang tangguh konvensyen, beri laluan pada pendengaran awam Lynas

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pahang Lee Chin Chen menyeru agar semua rakyat Pahang yang prihatin akan isu Lynas menghadiri pendengaran awam pada 9 pagi Ahad ini (11/11).

Lee Chin Chen berkata bagi menggalakkan ahli parti menghadiri pendengaran awam tersebut, Jawatankuasa DAP Pahang telah membuat permohonan kepada Setiausaha Organisasi Parti iaitu YB Saudara Loke Siew Fook untuk menangguhkan Konvensyen Biasa DAP Negeri yang akan diadakan pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada pendengaran awam Lynas.  

“Kami amat berharap kesemua ahli DAP dan penyokong boleh menghadiri pendengaran awam tersebut. Kami juga menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa mereka ke pendengaran awam yang akan diadakan di Kuantan. Kami berharap agar orang ramai akan menghadiri sesi pendengaran awam tersebut bagi menunjukkan pendirian bahawa rakyat Pahang membantah Lynas.”

Menurut beliau, DAP Pahang membantah Lynas sejak 7 tahun lalu dan menegaskan bahawa Lynas tidak patut beroperasi di Malaysia. Hal ini kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kilang tersebut dilihat tidak mampu menguruskan sisa-sisa Lynas dengan baik. Kami percaya sekiranya kilang Lynas diberi kebenaran untuk beroperasi, ia akan membawa keburukan serta memudaratkan alam sekitar.

Tambah beliau, pendirian DAP Pahang tidak pernah berubah. Ia akan terus memberi tekanan kepada pihak yang terlibat, tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan mahupun luar kerajaan bagi memastikan kesihatan rakyat Pahang terjamin dan membuktikan azam DAP Pahang yang bertekad untuk membantah aktiviti yang memudaratkan. DAP Pahang telah memberi arahan kepada pemimpin parti tempatan bagi mengerakkan orang ramai untuk menghadiri pendengaran awam tersebut.

Beliau sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat yang prihatin akan isu Lynas dan yang pernah membantah Lynas sebelum ini agar menghadiri pendengaran awam yang akan diadakan pada Ahad ini dan kami akan pastikan yang kerajaan akan mendengar suara rakyat. Suara Rakyat, suara keramat.

*Kenyataan Media oleh Setiausaha DAP Pahang, Lee Chin Chen.