Berita

Pembalakan tak ikut SOP jejaskan sumber air Orang Asli

Aktiviti Pembalakan tidak mengokut Prosedur Operasi Standard (SOP) memusnahkan kawasan tadahan air dan pencemaran air sungai di beberapa perkampung Orang Asli, tegas Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Katanya, akibat daripada tindakan tidak bertangggungjawab itu, katanya, masyarakat Orang Asli terdedah kepada penyakit berjangkit serta penyakit kulit ekoran penggunaan air sungai tidak bersih.

“Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram,” katanya seperti dipetik Bernama.

Selepas meninjau perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di Gua Musang, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, berkata kedua-kedua kawasan berkenaan  terkesan dengan pencemaran akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi.

“Saya dapat lihat juga pembalak membuang sisa kayu ke dalam anak sungai tanpa mengambil langkah seperti yang ditetapkan dalam SOP supaya kawalan berhubung perkara itu lebih selamat,” katanya. – Roketkini.com