Berita

Kementerian Kewangan umum kenaikan kadar tol dibekukan tahun hadapan

Atas dasar prihatin terhadap rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup, kerajaan Pakatan Harapan hari ini bersetuju untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara untuk tahun hadapan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia adalah sebahagian daripada penambahbaikan kepada pengumuman Belanjawan 2019 yang hanya membekukan kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja.

Pembekuan kadar tol bagi bas turut dilaksanakan di lapan lebuh raya berasingan.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta di Lebuh Raya Laluan Kedua di Johor bermula 1 Januari 2019.

Menurut beliau, langkah untuk memanfaatkan rakyat itu akan melibatkan bayaran pampasan berjumlah RM972.75 kepada syarikat konsesi lebuh raya.

“Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. – Roketkini.com