Tindakan seorang ahli yang didakwa menghina Institusi Raja-raja Melayu yang tular baru-baru ini tidak mewakili pendirian parti, tegas DAP Pahang dalam satu kenyataan.
Setiausahanya, Lee Chin Chen berkata, beliau kesal kerana terdapat segelintir individu yang cuba mengaitkan kejadian tersebut dengan DAP bagi tujuan memfitnah dan memburukkan parti.
“Tindakan tersebut nyata sekali membawa agenda politik.
“Memandangkan laporan polis telah dibuat untuk siasatan, DAP akan serah perkara tersebut kepada Polis Diraja Raja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
DAP adalah parti berbilang kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia serta menghormati kedudukan Institusi Raja-raja Melayu. – Roketkini.com