Rencana

Tindakan Suhakam kecam kenyataan perkauman Nazri wajar diberi pujian

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail wajar diberikan pujian atas kecaman yang disuarakannya terhadap bekas Datuk Seri Nazri Aziz ekoran tindakan bekas Menteri UMNO itu meniupkan api kebencian kaum di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Amat menyedihkan apabila Nazri sanggup meniupkan api kebencian kaum, dan mengajukan naratif sempit, tidak bertoleransi dan ekstremis di Malaysia dengan mempersoalkan pelantikan pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam sebagai Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara – yang dilihat mengabaikan sejarah dan prinsip pembinaan negara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia – semata-mata untuk memenangi pilihan raya kecil Semenyih.

Ini adalah contoh yang mengerikan tentang kesan politik terhadap bekas Menteri Undang-Undang, sekaligus memberikan contoh terbaru mengenai politik pembohongan dan toksik, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal dan berpecah-belah, sedangkan Malaysia sebenarnya mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan kualiti dan nilai terbaik kaum, agama, bahasa dan budaya yang bertaut di negara ini untuk menjelma sebagai sebuah negara kelas dunia serta menjadi contoh kepada negara lain sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni, mempunyai matlamat serta masyarakat majmuk yang cemerlang.

Ini adalah masanya untuk pemimpin Malaysia meyakini bahawa Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, dan prinsip pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, bagi menyatakan dan mengesahkan komitmen mereka terhadap Perlembagaan Malaysia serta konsep Bangsa Malaysia yang majmuk.

*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Selasa, 26 Februari 2019.