Berita

Wakil rakyat DAP salur peruntukan RM50,950 untuk sekolah, NGO

Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Adun Bilut, Lee Chin Chen menyalurkan peruntukan kawasan masing-masing sebanyak RM40,950 dan RM10,000 kepada 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah.

“Agihan wang peruntukan ini adalah wang rakyat yang diamanahkan kepada saya untuk mengagihkannya dengan adil mengikut keperluan, walaupun jumlahnya tidaklah begitu banyak memandangkan fokus utama adalah untuk membantu golongan miskin yang memerlukan.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memajukan Bentong dan memelihara kesejahteraan penduduk kawasan ini, dan saya juga berharap peruntukan yang disumbangkan ini dapat digunakan untuk program yang murni dan bermakna,” kata Wong Tack.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan cek sumbangan baru-baru ini.

Hadir sama dalam program berkenaan Chin Chen yang turut menyampaikan sumbangan kepada penerima dari DUN Bilut. – Roketkini.com