Berita

Kemesraan DAP terhadap umat Islam tidak wajar dijadikan isu

Syahredzan Johan menempelak tindakan seorang pemimpin PAS yang mempersoalkan kemesraan wakil rakyat DAP dalam memeriahkan bulan Ramadan bersama-sama umat Islam di kawasan mereka.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya dijadikan isu.

“Orang mahu raikan Ramadan dengan rakyat kawasan pun dia jadikan isu.

“Sepatutnya dalam bulan mulia ini, apa-apa yang mendekatkan kita sesama manusia digalakkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Dusuki Rani, Ustaz PAS, mempersoalkan pemimpin-pemimpin DAP meraikan Ramadhan bersama warga Muslim di kawasan…

Syahredzan Johanさんの投稿 2019年5月19日日曜日

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani yang menuduh DAP kononnya mempunyai “agenda tersembunyi”.

Tambah Syahredzan, individu seperti Ahmad Dusuki tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai “modal politik longkang”.

“Mungkin sebab itu Ahmad Dusuki bertanding kawasan Melayu pun dia tidak boleh menang. Rakyat boleh nampak politik longkang dia,” katanya.

Dusuki tewas di DUN Kota Anggerik pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu kepada calon PKR, Najwan Halimi yang memperoleh majoriti 17,004 undi.

‘Hati jangan hitam sangat’

Ahmad Dusuki dalam kenyataan tersebut turut mendakwa kononnya kemesraan yang ditonjolkan pemimpin DAP sebagai lakonan semata-mata.

Dia turut meminta agar pemimpin DAP untuk bersolat dan bersujud bersama-sama umat Islam.

Kenyataan Ahmad Dusuki itu mendapat reaksi wakil rakyat DAP, Young Syefura Othman.

Menurut Adun Ketari itu, beliau melakukan ibadah hanya semata-mata kerana Allah dan bukan lokanan.

https://twitter.com/youngsyefura/status/1130103651337248769?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1130103651337248769&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F476771

“Saya solat dan sujud pada Allah bukan lakonan ya ustaz, tapi kerana saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Hati tu tolong jangan hitam sangat,” ciapnya di Twitter.

Kenyataan Ahmad Dusuki itu turut mengundang reaksi daripada warga net.

Seorang pengunna Twitter @wamozin berkata: Patutnya doakan Allah bagi hidayah bukannya kata ada agenda-agenda apa ustaz. Macam mana orang bukan islam nak mendekati islam kalau ustaz macam ini ada di malaysia.

Seorang lagi pengguna Twitter @pemudamuslimMY berciap: Pemimpin DAP yang dipilih rakyat adalah pemimpin rakyat. Bila pemimpin rakyat sertai majlis rakyat berbuka puasa, itu bukan agenda parti. Itu agenda merakyat. Tapi ustaz PAS yang dangkal ini kerjanya hanya mempolitikkan, hanya menanam curiga dan takut. – Roketkini.com

https://twitter.com/pemudamuslimMY/status/1130086579567906816