Berita

Peruntukan pembangunan Islam di Pulau Pinang meningkat sehingga hampir 40 peratus tahun ini

Peruntukan untuk pembangunan syiar Islam di Pulau Pinang meningkat saban tahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

Tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yew dari DAP telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.482 kepada guru dan institusi pendidikan Islam di negeri itu.

“Jumlah peruntukan tahun ini meningkat 39.32 peratus berbanding tahun lalu (2018) RM1.78 juta,” katanya Chow dalam kemas kini di Facebook, hari ini.

Selain peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan elaun kepada imam dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran. – Roketkini.com