Berita

Hadiah pantun buat Chong Wei

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan dari sukan itu setelah 19 tahun mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pelbagai kejohanan di persada antarabangsa.

Sejak semalam, wira negara itu dihujani dengan penghargaan dan ucapan terima kasih dari seluruh warga Malaysia, khususnya pencinta sukan tersebut.

Tidak ketinggalan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang menzahirkan penghargaan terhadap bakti yang dicurahkan Chong Wei menerusi dua rangkap pantun.

Steven mengakui berasa sebak dan terharu selepas mendengar tentang persaraan Chong Wei dalam sidang media, semalam.

“Sudah tentu ia satu kehilangan besar dunia sukan setelah Chong Wei bersara.

“Walau apa pun, Malaysia dan rakyat Malaysia akan sentiasa ada untuk kamu, kerana kamu sentiasa ada untuk kami,” ciapnya di Twitter. – Roketkini.com