Berita

Kit Siang bertemu PM, bincang isu nasional

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. 

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pendidikan Politik DAP merangkap Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menerusi hantaran di Twitter. 

“Sdr Kit Siang bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pagi ini, dan berbincang panjang lebar tentang isu-isu nasional. 

“Pakatan Harapan dipimpin dan dipandu oleh mereka yang mahu melihat Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara!” ciapnya. – Roketkini.com