Berita

Nie Ching lawat SK Bukit Bangkong (A), sampaikan sumbangan buku

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam, melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) yang mempunyai 60 peratus murid Orang Asli suku Mah Meri. 

Menurut beliau, lawatan tersebut bagi menghargai Kumpulan Pelangi Publishing Group yang menyumbang buku kerja dan buku cerita kepada 40 sekolah Orang Asli di seluruh Malaysia, termasuk sekolah berkenaan.

Pagi tadi saya telah melawat SK Bukit Bangkong (A) iaitu sekolah Orang Asli di daerah Sepang dimana 60% daripada murid…

Teo Nie Ching (张念群)さんの投稿 2019年7月11日木曜日

“Nilai yang disumbangkan oleh Kumpulan Pelangi adalah lebih daripada RM75,000 dengan 12,096 buah buku. 

“Sumbangan buku ini meliputi buku-buku bagi pelajar tahap satu iaitu buku rujukan dan buku cerita yang akan menjadi koleksi pusat sumber sekolah untuk kegunaan semua murid. 

“Tambahan itu, saya telah meminta Kumpulan Pelangi menyediakan buku-buku kerja serta buku-buku rujukan bagi murid darjah 6 sekolah ini sebagai sumbangan saya kepada murid-murid sebagai persediaan peperiksaan UPSR,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha kerjasama dengan syarikat Pelangi merupakan usaha perkongsian awam-swasta (PPP) yang amat digalakkan. 

“Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pelangi Publishing Group atas inisiatif ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP juga berpeluang membacakan buku cerita kepada murid sekolah dan merasmikan projek madu kelulut di sekolah berkenaan. 

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk Guru Besar Encik Azman, Pegawai JPN dan PPD, YB Tuan Borhan ADUN Tanjung Sepat, YB Ronnie Liu ADUN Sg Pelek yang telah menerima kunjungan,” ujarnya. – Roketkini.com