Berita

Kerajaan PH bela nasib sekolah daif di Sabah, salur peruntukan RM78 juta

Sekolah daif di Sabah mendapat pembelaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi penyaluran peruntukan berjumlah RM78 juta dengan surat kelulusannya dikeluarkan pada 30 Ogos lalu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 30 hingga 35 sekolah daif yang dikenal pasti memerlukan perhatian segera. 

“Dalam Bajet 2019, kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada Sabah dan ini memang tidak cukup dan ia sudah disalur untuk pembaikan kecil bagi 79 sekolah, iaitu kira-kira RM100,000 setiap sekolah.

“Atas keprihatinan kedua-dua pemimpin Pusat dan negeri, kementerian dapat cari RM78 juta utuk baiki atau ganti dan bina semula sekolah yang bangunannya bahaya dan terabai lebih 15 tahun,” katanya seperti dilapor media. 

Tambah Guan Eng, peruntukan itu disalurkan atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan permintaan kerajaan negeri. – Roketkini.com