Berita

Kementerian Sumber Manusia bawa isu penghantar Foodpanda ke Kabinet

Kementerian Sumber Manusia akan menyuarakan masalah yang dihadapi penghantar Foodpanda dalam mesyuarat Kabinet akan datang. 

Penghantar Foodpanda melancarkan mogok sejak Isnin lalu, sebagai membantah tindakan syarikat penghantar makanan itu memperkenalkan skim pembayaran baharu yang didakwa mengurangkan pendapat mereka. 

Justeru itu, pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan beberapa penghantar Foodpanda semalam, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan. 

“Pengarah JPP Kuala Lumpur dan Pegawai-Pegawai JTK Semenanjung Malaysia juga akan bertemu dengan pihak pengurusan syarikat yang terbabit petang ini di pejabat mereka untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak rider.

“Pihak Kementerian Sumber Manusia akan memastikan wujudnya situasi menang-menang di antara rider Foodpanda dan syarikat yang terbabit kerana Kementerian sentiasa memberi perhatian dan penekanan khusus terhadap kebajikan dan perlindungan terhadap golongan yang berada dalam gig economy agar sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com