Berita

Pulau Pinang peruntuk RM60.05 juta pelihara kepentingan Islam tahun depan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi keagamaan dan memelihara kepentingan agama Islam, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. 

Justeru itu, dalam pembentangan Belanjawan 2020 Pulau Pinang hari ini, beliau mengumumkan sejumlah RM60.05 juta akan diperuntukkan tahun hadapan bagi memelihara kepentingan agama Islam.

Katanya, ini termasuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, Daerah Timur Laut dengan peruntukan RM1 juta.

Malah tambah Kon Yeow, tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4.65 juta untuk pembinaan masjid baharu dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan iaitu Masjid Kampung Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar. – Roketkini.com