Berita

Surcaj 10 peratus Touch N Go akan dihapuskan 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung rakyat dengan langkah penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch n’ Go di tempat letak kereta secara berperingkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen mengakui dasar caj tambahan yang diperkenalkan kerajaan terdahulu itu sememangnya membebankan, namun tidak boleh dihapuskan dengan segera kerana ia tertakluk kepada kontrak yang dimeterai dengan syarikat berkenaan.

“Itulah dasar yang kita warisi daripada BN. 

“Jadi sekarang kita nak hapuskannya dan batalkan, namun tertakluk kepada kewajipan kontrak. Lepas habis kontrak kita akan hapuskan secara berperingkat,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai perkara itu. – Roketkini.com