Berita

Pengundi Tg Piai tak mudah ditipu dakyah pembangkang – Dr Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pengundi di Tanjung Piai tidak mudah tertipu dengan dakyah pembohongan yang disebarkan pihak pembangkang.

Menurut beliau, pengundi di kawasan Parlimen itu telah melalui 14 belas pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, justeru bijak mengesan penipuan.

“Mereka (pengundi Tanjung Piai) arif berkenaan penipuan. Parti lawan menipu, kali ini kita dapati BN (Barisan Nasional) yang menipu.

“Dan kita dapati orang Tanjung Piai ini berhati-hati dalam perkara itu,” ujarnya dalam sidang media di Tanjung Piai, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalah guna gambarnya untuk tujuan mengelirukan pengundi bahawa perdana menteri itu masih menyokong BN.

Mengulas perkara lain, Dr Mahathir menegaskan bahawa wakil rakyat bekerja demi rakyat tanpa mengira kaum atau agama.

“Wakil rakyat adalah wakil kepada semua kaum. Saya bukan Perdana Menteri orang Melayu sahaja, saya perdana menteri untuk semua kaum,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa kononnya Pakatan Harapan memainkan sentimen perkauman di Tanjung Piai. – Roketkini.com

((LIVE)) Sidang Media oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Pakatan Harapanさんの投稿 2019年11月13日水曜日