Berita

‘Usah jadikan perbezaan punca kita bersengketa’

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk meraikan kepelbagaian dan memupuk semangat saling hormat-menghormati. 

Katanya yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, perbezaan yang wujud antara kaum dan agama tidak harus dijadikan punca persengketaan. 

“Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

“Malah pengenalan tiga muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama. Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya. 

“Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau turut menitipkan pesanan tentang perpaduan menerusi empat rangkap pantun yang termuat dalam Antologi Gema Sepi Gadis.

Tuan Puteri dari kayangan,

Senyuman manis seperti madu;

Bermacam-macam keturunan bukan halangan, 

Untuk membina bangsa yang padu. – Roketkini.com