Berita, Rencana

Zahid ‘kantoi’ menipu?

POJOK | Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memohon supaya perbicaraan kes yang dihadapinya ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perbincangan pembentukan Kabinet.

Namun, Pejabat Perdana Menteri yang diketuai Muhyiddin Yassin, dilihat menafikan perkara itu dalam kenyataannya. 

Menurut kenyataan tersebut, tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan antara Muhyiddin dan pemimpin politik dilakukan hari ini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa kedua-dua pemimpin “kerajaan pintu belakang” ini keluarkan kenyataan bercanggah? Meminjam jenaka netizen: “Tak ada whatsapp group ke?”.

Kalau hari pertama pun “kerajaan pintu belakang” ini dah bercanggah pandangan, apa lagi yang rakyat boleh harapkan dengan mereka? mentadbir negara? pulihkan ekonomi?

Kalau beginilah gayanya, ini bukan bukan “kerajaan pintu belakang” lagi, ini namanya kerajaan cacamarba – Roketkini.com