Berita, Rencana

DAP gesa sidang khas Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin

Muhyiddin Yassin digesa memanggil sidang khas Dewan Rakyat secepat mungkin bagi memadamkan keraguan beliau tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen. 

Gesaan ini dibuat Ketua Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh mengulas laporan media bahawa sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga 18 Mei bagi memberi laluan kerajaan baharu membentuk Kabinet. 

“Pembentukan Kabinet tidak harus dijadikan alasan oleh PM untuk mengabaikan persoalan mendesak; sama ada beliau mempunyai majoriti di Parlimen. 

“Oleh itu, satu tarikh harus ditetapkan untuk semua ahli Parlimen bersidang di Dewan Rakyat bagi tujuan itu,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam kenyataan, hari ini. 

Katanya, hanya perdana menteri yang mempunyai kuasa untuk memanggil sidang khas Dewan Rakyat mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 (3). – Roketkini.com