Berita, Rencana

Wanita DAP gembira, alu-alukan keputusan Adun Rahang

Kenyataan Media oleh Wanita DAP Kebangsaan pada hari Isnin 20 Julai 2020:

Wanita DAP Kebangsaan gembira dan mengalu-alukan keputusan Saudari Mary Josephine untuk terus berjuang bersama DAP.

Dalam saat yang mencabar ini, rakan-rakan seperjuangan dalam DAP masih berpegang teguh dengan tanggungjawab mereka dan terus berusaha untuk memperbaiki mekanisme dalaman parti. Pada masa yang sama, DAP juga masih berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti Malaysia yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, mahupun sempadan bahasa.

Selamat datang kembali, Saudari Mary Josephine. — Roketkini.com