Berita

Timbalan Speaker DUN Melaka mohon maaf kepada Nie Ching

Timbalan Speaker DUN Melaka, Datuk Ghazale Muhamad mengakui pernyataan status Facebook beliau pada 20 Jun lalu terhadap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching merupakan berita palsu semata-mata.

Sehubungan itu, Ghazale berkata, beliau menarik balik dan memadam pernyataan status tersebut serta seterusnya tidak akan menerbitkan perkara sama atau menerbitkan apa-apa status berkenaan Nie Ching.

“Saya Ghazale Muhamad memohon maaf dan menanggung segala tanggungjawab dan liabiliti di atas pernyataan status ke atas akaun Facebook saya pada 20.06.2020 terhadap YB Teo Nie Ching.

“Saya menyatakan di sini bahawa status tersebut merupakan berita palsu semata-mata sepertimana yang telah dinyatakan dan/atau dimuatnaik oleh YB Teo Nie Ching ke status akaun beliau pada 18 Jun lalu.

“Pernyataan maaf kepada YB Teo Nie Ching adalah tanpa sebarang syarat dan penuh kekesalan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook baru-baru ini. — Roketkini.com