Berita, Rencana

Hannah sambut baik keputusan KWSP perluas senarai pengeluaran kesihatan

Oleh Hannah Yeoh

(Ahli Parlimen Segambut)

Saya menyambut baik keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meneruskan hasrat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memperluaskan Pengeluaran Kesihatan bagi membiayai kos rawatan kesuburan seperti yang diumumkan semalam.

Semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 di bawah Insentif Kesuburan, Kerajaan PH telah membentangkan hasrat untuk memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan.

Dengan kos rawatan yang begitu mahal, perluasan Pengeluaran Kesihatan ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang mahu mendapatkan rawatan kesuburan seterusnya meningkatkan kadar kesuburan di Malaysia.

Polisi Kerajaan PH sebelum ini yang mengutamakan institusi kekeluargaan telah menjadikan hasrat ini suatu realiti dan membuktikan pentadbiran singkat selama 20 bulan di Putrajaya tidak sia-sia. — Roketkini.com