Berita, Rencana

Komitmen tegak keadilan, banteras rasuah tidak boleh dikompromi

Oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bulanan semalam, yang telah membincangkan beberapa perkara termasuk keputusan Pilihanraya Negeri Sabah, serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa walau apa sekalipun langkah yang diambil dalam mengembalikan mandat rakyat itu, iltizam dan komitmen terhadap perjuangan menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah, dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman tidak boleh dikompromi.

Pakatan Harapan turut mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi. — Roketkini.com

DS Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik
(DAP) — Roketkini.com