Berita, Rencana

DAP ucap takziah kepada keluarga VK Liew

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Saya sangat sedih dengan pemergian bekas rakan Kabinet saya V. K Liew yang tidak dijangka.  Beliau bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga pejuang kebenaran dan keadilan untuk Sabah dan Malaysia. Beliau sangat fokus dengan tugasan Menteri namun beliau tidak pernah lupa akan tugasnya kepada negeri tercintanya, Sabah.

Beliau sangat bangga dengan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kumpulan etnik yang berlainan di Sabah yang mesti dipertahankan daripada golongan rasis dan pelampau agama.  Banyak pencapaiannya sebagai Menteri Undang-undang tetapi yang paling utama, adalah ketika beliau berusaha di Parlimen untuk memulihkan dan mengembalikan status Sabah dan Sarawak pada kedudukan yang setara dengan Semenanjung Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun PH tidak dapat memperoleh majoriti 2/3 yang diperlukan, sekurang-kurangnya ada Menteri Sabah dan Sarawak seperti VK Liew yang bersedia berjuang untuk negeri mereka.

Secara peribadi, VK Liew adalah seorang yang ramah dan murah hati, dan seorang suami dan individu yang sangat mementingkan keluarga. Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya yang sedang berkabung atas kehilangan mereka. Ini bukan sahaja kerugian kepada Sabah tetapi juga Malaysia. Kami akan memberi penghormatan kepada VK dengan memberi komitmen untuk menyelesaikan apa yang dia rencanakan untuk perpaduan di Sabah dan Malaysia. Semoga Tuhan memberkati rohnya. Berehatlah sahabat. — Roketkini.com