Berita, Isu Semasa, Kenyataan Akhbar, Uncategorized

PKP 2.0 lemah, mengecewakan

oleh Ghafar NS

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan terhadap enam buah negeri selama 14 hari bermula tengah malam esok, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya meluahkan rasa kecewa yang dirasakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dengan pengumuman tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, pengumuman yang dibuat Muhyiddin Yassin pada pukul 6 petang semalam lemah dan mengecewakan kerana tiga perkara berikut:

  1. Tiada pakej rangsangan ekonomi bernilai RM45 bilion untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan yang mengalami kesan buruk ekonomi. Jangan lupa bahawa kadar pengangguran meningkat 0.1 peratus dari 4.7 peratuas kepada 4.8 peratus pada bulan November 2020 semasa PKPB dan PKPP ketika itu;
  2. Ketidakcekapan menangguhkan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) untuk PKP sehingga jam 5 petang, 12 Januari 2021 (hari ini) ketika PKP akan bermula pada tengah malam; dan
  3. Kegagalan menyokong wira barisan hadapan dengan melaksanakan saringan, pengesanan dan rawatan (3Ts) yang komprehensif bagi meningkatkan sistem penyampaian kesihatan untuk menumpaskan COVID-19.

“Kami mahu bekerjasama demi mengalahkan COVID-19 tetapi para Menteri perlu sedar diri dan bekerja keras,” tegas Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Di samping PKP yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah, enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan menjalani PKPB manakala Perlis dan Sarawak pula akan menjalani PKPP. – Roketkini.com