Berita

‘Kenapa tunggu 21 Januari baru nak salur BPN 2.0?’

Keterangan gambar: Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan, Woo Kah mewakili Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyerahkan bantuan peralatan persekolahan kepada yang memerlukan. Gambar diambil sebelum PKP 2.0.

Oleh Zamzani Husin

Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai lembab mengagihkan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) 2.0 kepada penerima yang layak.

Katanya, bantuan tersebut sepatutnya disalurkan serta-merta memandangkan kerajaan sudah mempunyai data penerima bagi tujuan pembayaran.

“Bayaran BPN 2.0 sepatutnya terus diagihkan serta-merta kepada yang memerlukannya.

“Sejak tahun lepas Kerajaan PN sebenarnya dah mempunyai segala data yang diperlukan khususnya nombor bank akaun, maka tidak wujudnya masalah pengumpulan maklumat yang menatijahkan kelewatan pembayaran,” katanya.

Untuk rekod, BPN 2.0 akan mula dibayar pada 21 Januari iaitu sehari selepas pembukaan sesi persekolahan 2021.

Kata Kah Leong, disebabkan kelewatan itu ramai ibu bapa dari golongan kurang berkemampuan tidak dapat menggunakan bantuan tersebut bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak mereka. — Roketkini.com