Berita, Kenyataan Akhbar, Rencana

10 soalan untuk Ketua Pengarah Kesihatan

Oleh Roketkini

Penghargaan harus diberikan kepada kepemimpinan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Tan Sri Dr. Noor Hisham dan barisan hadapan kesihatan awam atas usaha gigih mereka untuk memerangi wabak Covid-19, kata Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming. 

Tetapi menurutnya, sembilan bulan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama berlalu, ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab dalam perjuangan kita untuk melawan penularan wabak tersebut. 

Beliau berharap Dr. Noor Hisham boleh memberikan jawapan yang meyakinkan untuk 10 soalan yang berikut supaya orang ramai percaya bahawa kerajaan ini mempunyai rancangan yang komprehensif untuk mengawal wabak tersebut.

  1. Berapakah jumlah saringan Covid-19 harian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan berapakah peratusan (% ) kes positif harian? 
  2. Berapakah jumlah pengesan kontak (contact tracers) yang digunakan oleh KKM? Apakah langkah yang telah dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan pengesan kontak? 
  3. Bolehkah maklumat lokasi yang lebih tepat mengenai kes Covid-19 disalurkan secara terbuka?
  4. Apa tren penularan Covid-19 yang dapat diperolehi berdasarkan kajian data MySejahtera?
  5. Apakah kapasiti dari segi jumlah katil yang tersedia dan kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) mengikut negeri?
  6. Apakah kadar penularan Covid-19 di sekolah ketika ada kelas bersemuka pada tahun 2020?
  7. Apakan situasi perumahan bagi pekerja asing dalam industri keselamatan, pembuatan dan pembinaan?
  8. Apakah Nilai Rt mengikut negeri dan mengapa angka ini tidak diumumkan?
  9. Bagaimana kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri masing-masing untuk memerangi Covid-19?
  10. Apa yang sedang kita lakukan sekarang yang berbeza berbanding Mac 2020?

Baca kenyataan penuh Kian Ming ini yang dikeluarkan pada 18 Januari 2021 di sini.