Berita, Isu Semasa, Kenyataan Akhbar

Perketat SOP untuk sekolah, laksanakan PdPR serentak

Oleh B. Suffian

Kementerian Pendidikan digesa mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua sekolah supaya risiko kesihatan boleh dikawal ketika penularan pandemik Covid-19 kini.

Ke arah itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mencadangkan tiga langkah yang wajar dilaksanakan segera. 

1. Mewajibkan saringan Covid-19 untuk semua pelajar dan guru yang perlu menghadiri kelas bersemuka. Saringan ini perlu dijalankan setiap dua minggu;

2.  Kelas-kelas perlu dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil dan dijalankan dalam masa persekolahan yang lebih panjang untuk menurunkan risiko penyebaran virus; dan

3. Sekolah-sekolah perlu dinyahkuman (sanitise) setiap hari.

Sumber: Facebook Khoo Poay Tiong

Dalam pada itu, menurutnya, Kementerian Pendidikan harus melaksanakan PdPR serentak dengan kelas bersemuka supaya para pelajar yang memilih untuk tinggal di rumah tidak ketinggalan dari segi pembelajaran. – Roketkini.com

Baca kenyataan penuh Ahli Parlimen Kota Melaka di sini.