Berita, Isu Semasa, Rencana

Adun DAP lancar “Tapau Container” manfaatkan penduduk, alam sekitar

oleh Ghafar NS

Inisiatif “Tapau Container” bukan sahaja dijangka dapat mengurangkan pembaziran makanan, membantu golongan kurang berkemampuan memperoleh makanan, malah ia juga mesra alam sekitar.

Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku bersama-sama dengan organisasi What A Waste Food Rescue dan Shell Sea Park melancarkan inisiatif mengumpul bekas makanan terpakai ini bagi memberi manfaat kepada penduduk dan persekitaran di DUN Kampung Tunku.

Kabinet untuk dimuatkan bekas-bekas makanan terpakai oleh penduduk terletak di Shell Sea Park

Bagaimana inisiatif “Tapau Container” dilaksanakan?

  1. Mereka yang ingin menyumbang bekas makanan terpakai hanya perlu datang ke Shell Sea Park dan meletakkan bekas makanan itu ke dalam kabinet yang telah disediakan.
  2. What A Waste Food Rescue akan datang mengutip bekas makanan tersebut.
  3. What A Waste Food Rescue akan menggunakan bekas-bekas makanan terpakai yang dikumpulkan ini untuk mengisi lebihan makanan yang telah mereka selamatkan dan mengagihkannya kepada golongan yang memerlukan.

Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata, “Pusat Khidmat DUN Kampung Tunku berharap agar inisiatif ini akan mendapat sambutan dan kerjasama dari penduduk setempat khususnya dan juga para peniaga di kawasan berdekatan.

“Ingin ditegaskan bahawa inisiatif ini hanya menerima bekas makanan, dan bukan bekas plastik yang lain.” – Roketkini.com