Berita, Kenyataan Akhbar

Mampukah gelombang ketiga Covid-19 dikawal?

Oleh Ghafar NS

8 Mac 2021, angka jangkitan kes baharu Covid-19 merupakan kadar kes baharu terendah sejak 27 Disember 2020, iaitu sebanyak 1,529 kes.

“Adakah angka ini akan terus turun ke dalam julat tiga angka? Kita hanya mampu berdoa,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Dalam kenyataan Kit Siang pada 9 Mac 2021, beliau bertegas agar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memikirkan langkah bagi mempercepat program vaksinasi ini berbanding rancangan kerajaan iaitu memastikan 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin dos pertama menjelang 31 Mac.

“Program ini perlu disiapkan segera agar negara kita dapat kembali normal dan proses pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan,” tambah Veteran DAP itu lagi.

Kit Siang juga menyatakan, “tindakan kerajaan untuk melibatkan doktor am daripada sektor swasta dalam program fasa kedua dan ketiga program vaksinasi ini amatlah dialu-alukan.

“Usaha melibatkan perkhidmatan kesihatan swasta dalam usaha kerjasama untuk memerangi wabak Covid-19 ini penting bagi menyelamatkan nyawa dan kehidupan dengan sesegera yang mungkin.” – Roketkini.com