Uncategorized

‘Kisah DAP Saya’ — cerita DAP di hati masyarakat

Oleh B. Suffian

Perkongsian demi perkongsian ‘Kisah DAP Saya’ di media sosial telah memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-55 parti DAP.

Menggunakan tanda pagar #DAP55, #Muhibah dan #DemokratikAdilPeduli, pengguna media sosial menceritakan kisah betapa signifikannya DAP di hati mereka.

Kisah mereka juga menjadi testimoni bagaimana perjuangan DAP telah memberi impak positif kepada kehidupan mereka dan juga orang di sekeliling mereka.

Salah satu hantaran yang menarik adalah dari Noorzawani Imran yang menceritakan kisah bagaimana dia sebagai seorang Melayu dan Islam, bekerja dengan DAP.

Walaupun dicemuh, dia teruskan juga kerjanya itu.

“Pada rakyat kami berkhidmat. Sepanjang kerja itu tersemat. Rakan sekerja semuanya hebat. Kami dari berbilang bangsa. Semua dari kami ada kelebihan tersendiri,” tulisnya.

Dia mengakhiri hantarannya itu dengan memberitahu bahawa mengenal DAP tidak mengubah dirinya tetapi menjadikan dia manusia yang lebih memahami.

Satu lagi hantaran ‘Kisah DAP Saya’ yang menarik adalah dari pengguna media sosial, Wilking Lim.

Dia menceritakan bagaimana penglibatannya dalam DAP menyebabkan dia memahami keperitan perjuangan parti itu.

“Setelah melibatkan diri dalam DAP, saya bermula merasa kepahitan dan kesusahan yang dialami oleh DAP dalam perjuangan merealisasikan sebuah negara semua rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, perjuangan tersebut ibarat sebuah impian yang tidak mungkin menjadi nyata.

Tetapi, ujarnya, kekaguman dan kebanggaan dengan semangat DAP yang tidak pernah berputus asa sejak 55 tahun dahulu terus terbina di hatinya.

“Ini kerana para wakil rakyat dan ahli rajin masih terus giat berkhidmat di dalam situasi yang kelihatan tidak berharapan ini, semua demi impian Malaysia,” katanya.

Kisah Kenneth Wong pula berkisar tentang wakil rakyat DAP, Jannie Lasimbang yang disifatkannya sebagai seorang yang mesra rakyat, berjiwa rakyat dan berintegriti.

Dia menulis, Jannie adalah inspirasinya untuk terus berbakti kepada rakyat.

“Akhir kata kepada Jannie Lasimbang dan kepada parti DAP Malaysia, teruskan perjuangan,” katanya.

Teruskan menulis Kisah DAP Saya di media sosial dengan menggunakan #DAP55, #Muhibah dan #DemokratikAdilPeduli.

Kami ingin terus mendengar kisah anda termasuk melibatkan pengalaman anda pada pilihan raya, perhimpunan aman dan aktiviti kesukarelaan. – Roketkini.com