Kenyataan Akhbar

‘Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah’

Kenyataan Media Bersama 20 Ahli Parlimen Wanita Bertarikh 4 Mei 2021

Kes Jenaka dan Ancaman Rogol Ke Atas Ain Husniza Saiful Nizam

  1. Pada 3 Mei 2021 kami, Ahli-Ahli Parlimen Wanita telah menulis surat kepada Perdana Menteri menyuarakan keprihatinan kami mengenai kes jenaka rogol yang didedahkan oleh Ain Husniza binti Saiful Nizam, seorang pelajar berusia 17 tahun yang didakwa dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah, dan ancaman rogol daripada rakan sekelasnya wajar diberi perhatian serius dan diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan.
  2. Walaupun laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa, kami Ahli-Ahli Parlimen Wanita telah meminta pihak Kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta dasar yang sedia ada berhubung kaedah siasatan yang dilakukan terhadap laporan gangguan seksual yang berlaku di sekolah seperti ini dan di semua institusi pendidikan.
  3. Kami menggesa pihak Kerajaan supaya bersikap serius, prihatin dan menjaga kepentingan pengadu, khususnya pelajar sekolah, dengan menangani segera isu Ini dengan segera. Kami menuntut komitmen YAB Perdana Menteri untuk memberikan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang berada di sekolah. Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah serta dilindungi oleh guru mereka dan bukan sebaliknya.

(1) Datuk Seri Azalina Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang)
(2) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan)
(3) Datuk Seri Nancy Shukri (Ahli Parlimen Batang Sadong)
(4) Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah)
(5) Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
(6) Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
(7) Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
(8) Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
(9) Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)
(10) Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
(11) Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
(12) Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
(13) Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu)
(14) Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
(15) Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
(16) Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)
(17) Datuk Azizah binti Mohd Dun (Ahli Parlimen Beaufort)
(18) June Leow Hsiad Hui (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
(19) Noorita Sual (Ahli Parlimen Tenom)
(20) Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)