Kenyataan Akhbar

Peka gender dan keadilan dalam pendidikan

Oleh Adun dan Ahli Parlimen PH Selangor

Kami, yang bertandatangan di bawah, berpendapat bahawa institusi pendidikan mesti menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk anak-anak kita.

Institusi pendidikan Malaysia mempunyai sejarah lama dalam melahirkan guru dan warga pendidik berkualiti yang telah bekerja keras untuk mengekalkan tahap pendidikan yang tinggi untuk anak-anak kita.

Ini telah membolehkan anak-anak kita membangunan dan berkembang sepenuhnya dalam suasana pembelajaran hormat menghormati, damai, bahagia, sayang-menyayangi dan saling memahami.

Oleh itu, adalah sangat malang bahawa pengetua sekolah Ain Husniza mungkin membuat satu kenyataan negatif di Facebook dimana Ain telah dirujuk sebagai seorang “hipokrit … anak setan pakai tudung”.

Setakat ini, pengetua tersebut tidak menafikan perbuatannya itu dan sejak itu memadamkan komen di Facebook Saiful Nizam (ayah kepada Ain) itu.

Sengaja atau tidak, komennya selanjutnya memberikan keizinan kepada pendidik dan pelajar lain bahawa keganasan terhadap wanita boleh dijadikan sebagai bahan gurauan, selain perbuatan merendahkan sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan status quo boleh diterima.

Ain Husniza kini menjadi mangsa sistem yang gagal dan tidak memahami mahupun menyokong hak kanak-kanak perempuan dan wanita, namun sebaliknya menganggap ia adalah sesuai untuk mempertahankan guru dan pelajar yang menggalakkan rogol dan budaya keganasannya.

Walaupun adanya dasar yang kuat untuk mempromosikan kesaksamaan gender dan untuk membina hubungan yang saling hormat-menghormati antara lelaki dan perempuan dalam Rancangan Malaysia ke-11, perspektif ini nampaknya seolah-olah hilang apabila merujuk kepada barisan hadapan warga pendidik.

Kecenderungan sekarang adalah untuk meremehkan isu keganasan serta memberi keizinan kepada budak lelaki untuk merogol perempuan yang berumur “18 tahun ke atas”.

Oleh itu, seseorang hanya dapat menyimpulkan bahawa jenaka rogol itu mengandungi mesej mungkin berbahaya dan tersirat iaitu sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan wanita berumur 18 tahun ke atas, anda boleh memberi alasan bahawa perbuatan seks tersebut dilakukan atas persetujuan bersama dan melepaskan diri daripada hukuman.

Sudah pastinya telah berlaku satu keguguran keadilan.

Seorang yang berani bersuara menentang budaya seperti itu dihukum oleh sekolahnya sendiri sementara guru yang membuat ‘jenaka’ tersebut dan pelajar yang membuat ugutan rogol terhadap Ain, kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada menerima hukuman berat.

Ain telah dinafikan hak untuk menerima pendidikan di sekolahnya dan kini mungkin terpaksa berpindah ke sekolah lain.

Namun sekolah tersebut telah mengabaikan hak pendidikan Ain dan juga tidak berusaha untuk memastikan persekitaran sekolah tersebut selamat untuk Ain kembali ke sekolah.

Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima atas sebab kanak-kanak akan mendapat petunjuk daripada warga pendidik mereka dan ‘jenaka’ rogol akan dinormalkan.

Kementerian Pendidikan, dalam maklum balasnya, tidak merujuk kepada kes Ain tetapi hanya tertumpu kepada isu pemeriksaan haid terhadap pelajar perempuan Walaupun diharapkan Kementerian dapat memastikan bahawa keadilan ditegakkan tetapi mereka telah memilih untuk mengabaikan gajah di dalam bilik.

Penanganan kes Ain meninggalkan satu titik hitam dalam demokrasi kerana kerana kita seolah-olah memberi amaran kepada pemuda kita bahawa mereka yang bersuara dianggap sebagai pembangkang, penghasut dan lebih teruk lagi sekarang dilabelkan sebagai syaitan.

Kami mendesak Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula sistem pendidikan dan mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap pengetua, sekiranya dia didapati telah menulis komen negatif tersebut dan terhadap guru yang telah mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat.

Terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepekaan gender di kalangan guru dan pelajar kerana hormat, kesaksamaan dan keadilan adalah nilai yang ingin dimiliki oleh rakyat Malaysia dalam hasrat mencapai sebuah negara yang lebih baik. Satu Akta Kesaksamaan Gender seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan mesti dilaksanakan untuk memastikan anak-anak perempuan dan lelaki kita dilindungi.

Melangkah ke hadapan, Kementerian harus mengembalikan nama baik institusi pendidikan agar dapat mempertahankan reputasi berpanjangan untuk melahirkan rakyat kelas pertama. – Roketkini.com

Selangor

Ahli Dewan Negeri

  1. Juwairiya binti Zulkifli, Bukit Melawati
  2. Elizabeth Wong, Bukit Lanjan
  3. Dr. Siti Mariah binti Mahmud, Seri Sedang
  4. Lee Kee Hiong, Kuala Kubu Baru
  5. Tony Leong Tuck Chee, Pandamaran
  6. Hee Loy Siang, Kajang
  7. Ganabatirau a/l Veraman, Kota Kemuning
  8. Edry Faizal bin Eddy Yusof, Dusun Tua
  9. Bryan Lai, Teratai
  10. Lau Weng Sang, Banting
  11. Rozana binti Zainal Abidin, Pematang
  12. Khairuddin Osman, Paya Jaras
  13. Rodziah binti Ismail, Batu Tiga
  14. Dr Idris bin Ahmad, Ijok
  15. Ustaz Syamsul Firdaus, Taman Medan
  16. Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar, Meru
  17. Borhan bin Aman Shah, Tanjong Sepat
  18. Halimey bin Abu Bakar, Seri Setia
  19. Lim Yi Wei, Kampung Tunku
  20. Wong Siew Ki, Balakong
  21. Shatiri bin Mansor, Kota Damansara
  22. Zawawi Mughni, Sungai Kandis
  23. Gunaraj a/I R. George, Sentosa
  24. Azmizam bin Zaman Huri, Pelabuhan Klang
  25. Mohd Sany bin Hamzan, Taman Templer
  26. Jamaliah Jamaluddin, Bandar Utama
  27. Rajiv a/l Rishyakaran, Bukit Gasing

Ahli Parlimen

  1. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pandan
  2. Tony Pua, Damansara
  3. June Leow, Hulu Selangor
  4. Charles Santiago, Klang
  5. William Leong, Selayang
  6. Maria Chin Abdullah, Petaling Jaya
  7. Ong Kian Ming, Bangi
  8. Wong Chen, Subang
  9. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh
  10. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Kuala Selangor
  11. Husanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat