Rencana

Banjir di Tenom: Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan

Oleh Aziera NH

Ketika dunia sedang dilanda dengan virus Covid-19, daerah kecil Tenom di Sabah kini turut ditimpa dengan satu lagi musibah.

Kedatangan banjir secara mengejut ini telah menjejaskan hampir 90 peratus perkampungan di daerah Tenom.

Sebagai tanda solidariti bersama rakyat Tenom, pemimpin-pemimpin DAP di seluruh negara telah bersama-sama menyumbangkan bantuan masing-masing.

Sumbangan ini dibuat dalam berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian kepada mangsa-mangsa bencana.

DAP Johor antaranya, telah menyumbangkan RM5,000 kepada Tabung Bantuan Kecemasan Banjir Tenom.h

Pada masa yang sama, beberapa ahli Parlimen DAP Johor iaitu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Liew Chin Tong (Ahli Dewan Negara), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai), Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri) dan Pang Hok Liong (Ahli Parlimen Labis) masing-masing turut menderma RM1,000 kepada tabung tersebut.

Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin juga membantu mengumpul dan menyumbangkan barang-barang keperluan harian untuk mangsa banjir di Tenom.

Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual dibantu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mengagihkan bantuan

Di samping itu, Pejabat Ahli Parlimen Seremban menyumbangkan RM5,000 kepada tabung tersebut.

Begitulah antara bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh wakil-wakil rakyat DAP di serata negeri kepada mangsa banjir di Tenom bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan.

Jika anda berhasrat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Tenom, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Tetuan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P181 Tenom (100 610 1000 2610).

Sumbangan anda akan disalurkan untuk membeli bekalan makanan dan minuman kepada mangsa yang terlibat. – Roketkini.com