Berita, Rencana

Padam fatwa Amanat Hadi: Rakyat berhak diberi penjelasan

Oleh Sheikh Umar Baghrib Ali

(Adun Paloh, Naib Pengerusi DAP Johor merangkap bekas pemuda PAS)

Saya merujuk berita sepertimana dilaporkan https://www.malaysiakini.com/news/579910 berhubung dakwaan memadam fatwa Amanah Hadi di laman sesawang JAKIM yang tular di Twitter baru-baru ini.

Sebagai seorang bekas ahli PAS yang pernah didoktrin dengan ‘Amanat Hadi’ untuk menjustifikasi perlawanan dengan UMNO, perkara seumpama ini pastinya membuatkan saya tertunggu-tunggu ulasan rasmi dari JAKIM. Bahkan, Majlis Fatwa Kebangsaan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama sepatutnya turut memberikan penjelasan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, Amanat Hadi telah memberi kesan besar khususnya dalam arena dakwah serta siyasah tanah air. Sebagai orang muda dalam PAS lebih 10 tahun dahulu, kami memahami bagaimana fenomena sembahyang 2 imam, tidak makan haiwan sembelihan mereka yang bersetuju dengan pemimpin UMNO, memperbaharui semula akad pernikahan dan sebagainya.

Amanat Hadi turut memberi impak terhadap budaya takfiri dikalangan masyarakat kita.

Saya mengharapkan penjelasan yang sewajarnya diberikan segera. Perkara ini juga penting khususnya setelah PAS mengambil sikap yang berbeza berbanding dahulu menerusi kerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional pada masa ini.

Rakyat berhak diberi penjelasan. Bahkan ahli-ahli PAS, bekas-bekas ahli serta mereka yang pernah menerima tarbiyah PAS juga seharusnya mendapat penjelasan berkaitan duduk letaknya perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan. — Roketkini.com