Kenyataan Akhbar

Rizab tanah Orang Asli: Kertas kerja wajar dibentangkan

Oleh Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

(Ahli Parlimen Raub dan mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli)

Ulasan berhubung langkah Kerajaan Pahang meluluskan cadangan merizabkan 510.6 hektar tanah bagi masyarakat Orang Asli Kampung Pantos di Lipis, Pahang

Sebelum saya komen berkenaan artikel di atas, saya ingin menyentuh sedikit kawasan yang telah sedia ada dimaksudkan.

Dalam semakan dan permahaman saya kawasan yang dimaksudkan itu ialah di persekitaran Kampung Pantos, mukim Hulu Jelai, Kuala Lipis atau dikenali Pos Pantos. Kawasan ini termasuk di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai iaitu kawasan Menteri Besar Pahang.

Kira-kira lebih 20 tahun lepas, ini telah dibangunkan dengan pembinaan lebih kurang 40 buah rumah di sini.

Ketika itu juga disediakan untuk 47 peserta dijanjikan dengan enam ekar setiap peserta dan interim sawit RM600 sebulan.

Oleh kerana jumlah penduduk berpindah ke Pos Pantos terlalu banyak, kira-kira ada 183 (isi rumah), ada peserta yang menerima interim ini kira-kira RM 200 sebulan. Bayaran dibuat terus ke akaun.

Risda telah tetapkan peserta yang layak menerima ialah 161 peserta dengan keluasan 96.72 hektar (238.9 ekar) (seperti gambar yang di sertakan) 

Program ini di bawah Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun Kecil Perumahan Getah (Risda) yang dimaju kan oleh Risda Plantation Sdn. Bhd. Negeri Pahang Darul Makmur. 

Dari tinjauan dan soal selidik penduduk di sini secara rambang yang ditunjukkan daripada akaun mereka, secara kasarnya, pendapatan interim yang tertinggi (maksimum) yang pernah diterima sekitar RM 400 sebulan dan minimum pendapatan pernah diterima sekitar RM100 sebulan. Ada juga bulan-bulan yang langsung tiada pendapatan interim.

Ulasan saya

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana ada kesedaran untuk melaksanakan tuntutan daripada kaum moniriti Orang Asli setempat yang sudah bertahun lamanya. 

Cuma jangan menggunakan kaedah Ini sebagai untuk menghalalkan cara untuk mengambil balak atau hasil bumi di situ.

Jika program Risda dan Interim yang diberikan sebelum ini boleh dikatakan tidak efisien dan tidak banyak dapat membantu golongan monoriti di sini, diharap satu kertas kerja serta ‘presentation’ dapat dibentang terus kepada penduduk di sini dengan pembabitan terus daripada Exco / Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada mereka tanpa ada orang ketiga atau tengah.

Pihak kerajaan negeri juga hendaklah menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli /NGO alam sekitar, cerdik pandai Orang Asli dan juga pembangkang untuk mendengar proposal Ini.

Jangan jadi macam kes Musang King di Parlimen Raub, yang mana kerajaan negeri lepas tangan dan mengharapkan pihak ketiga yang berurusan dengan peneroka-peneroka tersebut.

Setakat itu ulasan saya, ulasan selanjutnya bergantung kpd proposal yang dibuat nanti. – Roketkini.com