Berita, Rencana

4 perkara yang perlu diputuskan Kabinet esok

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 13 Julai 2021:

#kerajaangagal170: Empat perkara yang perlu diputuskan oleh Kabinet esok

Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengesahkan bahawa meskipun kenyataan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 5 Julai 2021 menyebut bahawa kerajaan bersetuju yang Parlimen akan bersidang selama lima hari bermula 26 Julai dan Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 Ogos, Ahli Parlimen masih belum menerima notis daripada Parlimen berhubung persidangan Parlimen tersebut. 

Rashid berkata, notis rasmi daripada Kabinet masih belum diterima dan Ahli Parlimen akan dimaklumkan mengenai persidangan Parlimen selepas notis tersebut diterima daripada Kabinet.

Ini bermakna, kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 5 Julai lalu dibuat tanpa kelulusan Kabinet dan persidangan Parlimen tersebut tidak diputuskan secara rasmi oleh Kabinet dan juga tidak diformalkan ketika Kabinet bermesyuarat pada Rabu, 6 Julai 2021.

Mesyuarat Kabinet esok akan menjadi mesyuarat terakhir Kabinet, namun jika Parlimen akan mula bersidang pada Isnin, 26 Julai, maka Ahli Parlimen sepatutnya menerima notis rasmi persidangan Parlimen esok atau paling lewat pada Khamis jika Kabinet dan Parlimen benar-benar cekap.

Banyak perkara perlu diputuskan Kabinet esok, namun terdapat sekurang-kurangnya tiga perkara yang perlu diputuskan Kabinet esok selain persidangan Parlimen pada 26 Julai 2021, antaranya: 

1. Penamatan darurat pada 1 Ogos 2021 kerana ia merupakan kegagalan teruk dan strategi salah untuk perang lawan Covid-19.

2. Permohonan maaf kepada negara atas kegagalan strategi dan pendekatan yang diterapkan kerajaan dalam perang lawan pandemik Covid-19, terutamanya dalam tempoh enam bulan terakhir darurat, di mana mengakibatkan 6,260 nyawa terkorban dan jumlah kes bunuh diri yang tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mana disokong oleh tiga tinjauan antarabangsa, iaitu: 

i) Carta Ketahanan Covid Bloomberg untuk bulan Jun 2021 di mana Malaysia jatuh 35 anak tangga daripada tempat ke-16 pada bulan Januari 2021 kepada tempat ke-51 daripada 53 buah negara dengan saiz ekonomi yang lebih besar daripada ASD200 bilion;

ii) Indeks Kenormalan Global The Economist yang meletakkan Malaysia di tempat ke-50 daripada 50 negara; dan

iii) Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei yang diterbitkan pada 7 Julai yang meletakkan di tempat ke-114 daripada 120 negara dari segi pengurusan jangkitan, pemberian vaksin, dan mobiliti sosial. 

3. Meluluskan penyusunan semula strategi baru untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara untuk memenangkan perang yang tidak kelihatan tetapi berbahaya terhadap pandemik Covid-19 dengan tujuan utama:

(i) Keluarkan Malaysia sebagai salah satu negara dengan prestasi paling buruk di dunia dalam pandemik Covid-19. Malaysia mengatasi lebih dari 50 negara yang mempunyai jumlah kes Covid-19 tertinggi dalam tempoh kurang dari lapan bulan – jatuh dari kedudukan ke-85 pada November tahun lalu ke kedudukan ke-33 hari ini. Kita akan mengatasi Israel untuk berada di kedudukan No.32 hari ini. Berdasarkan kadar jangkitan Covid-19 sekarang ini, Malaysia akan berada antara 30 negara terburuk di dunia dalam wabak Covid-19 dan akan mempunyai lebih daripada satu juta kes Covid-19 dan lebih daripada 10,000 kematian Covid-19 ketika kita merayakan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos. Negara-negara dengan prestasi terburuk sebelumnya seperti China, Amerika Syarikat, India, United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Turki dan Iran telah nampak tanda akan pulih, kes Covid-19 di negara tersebut berkurang dengan mendadak (India catat pengurangan sebanyak 93%, AS sebanyak 97% dan China sebanyak 99.8% dari puncak masing-masing) dan kematian Covid-19 (India catat pengurangan sebanyak 90%, AS sebanyak 98% dan China sebanyak 99% dari puncak masing-masing), sementara Malaysia baru sahaja menetapkan puncak harian baru dengan 9,353 kes dan 135 kematian dalam gelombang kelima di Malaysia ketika ini.

ii) Berpisah dari strategi kepercayaan membuta tuli terhadap pelaksanaan “lockdown” untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, lebih-lebih lagi selepas banyak negara menyatakan pandangan bahawa wabak ini tidak dapat dihapuskan dan manusia serta negara perlu belajar untuk hidup bersamanya dengan selamat – mengubah pandemik menjadi endemik.

(iii) Mengambil perhatian terhadap kerosakan besar ekonomi hasil pelaksanaan strategi semasa seperti yang digambarkan oleh kebimbangan yang dinyatakan oleh masyarakat Malaysia dan antarabangsa terutamanya komuniti perniagaan Jepun, Jerman dan Belanda;

(iv) Mengambil perhatian terhadap sistem kesihatan awam yang kini berada diambang kelumpuhan, dengan video tular mengenai keadaan sistem kesihatan yang teruk di Lembah Klang; dan

(v) Mengizinkan penyusunan strategi dan pendekatan baru yang melibat “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara; dan

(vi) Dengan segera mengundang semua parti yang mempunyai wakil di parlimen, termasuk parti-parti Pembangkang, untuk menyusun strategi baru dalam perang melawan pandemik Covid-19 dan membentangkan strategi baru ini untuk disahkan ketika Parlimen bersidang pada 26 Julai.

Adakah Kabinet bersedia untuk menghadapi cabaran zaman ini? — Roketkini.com