Berita, Rencana

Apa rancangan Muhyiddin elakkan krisis perlembagaan, kesihatan?

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu, 28 Julai 2021:

Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi krisis berperlembagaan yang besar sekiranya tidak ada persetujuan diraja dan pewartaan pembatalan enam Ordinan Darurat menjelang hari Sabtu ini, mengalihkan perhatian negara daripada fokus kepada usaha untuk memastikan negara kita tidak mencatatkan 1.5 juta kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos atau mencatatkan 2 juta kes menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September

Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi krisis berperlembagaan yang besar sekiranya tidak ada persetujuan diraja dan pewartaan untuk pembatalan enam Ordinan Darurat.

Perkara ini akan mengalihkan perhatian negara daripada fokus kepada usaha untuk memastikan negara kita tidak mencatatkan 1.5 juta kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos atau mencatatkan 2 juta kes menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Buat masa ini, kita adalah antara 12 negara teratas dari segi kes baharu setiap hari, manakala dari segi kematian baharu akibat Covid-19, kita berada di tempat ke-10.

Bagaimanakah kerajaan hendak mengubah kedudukan negara kita dari tempat yang buruk sebegini?

Berapa ramai lagi yang akan mati dan membunuh diri di Malaysia sebelum kita dapat menglihat penghujung kepada wabak Covid-19 ini di negara kita?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, perlu membuat Kenyataan Menteri di Parlimen mengenai apa yang kerajaan beliau akan lakukan untuk mengelakkan negara kita berhadapan dengan masalah berganda — satu krisis perlembagaan yang besar dan juga keadaan wabak Covid-19 yang semakin memburuk. — Roketkini.com