Berita

Mustahil Mahiaddin masih ada sokongan majoriti – Pembangkang

Oleh Roketkini

Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Dalam satu kenyataan bersama, parti-parti pembangkang menegaskan, adalah mustahil Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” katanya hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara), Lim Guan Eng (DAP); Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Datuk Masir Kujat (PSB) dan Dr.  Maszlee Malik (Bebas). – Roketkini.com