Isu Semasa

MoU: DAP dan PH tetap pembangkang, sedia paksa kerajaan laksanakan reformasi

MoU: DAP dan PH tetap pembangkang, sedia pastikan kerajaan laksanakan reformasi

Oleh Camelia K

Pakatan Harapan (PH) dan DAP bersedia untuk memastikan Kerajaan Persekutuan melaksanakan reformasi-reformasi institusi utama, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) kelmarin. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam masa yang sama PH juga akan memastikan rancangan gabungan itu untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat turut diikuti. 

“DAP menyedari bahawa menandatangani MoU dalam iklim politik semasa bukanlah paling sesuai, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan lawan politik yang tidak mempunyai sejarah dan komitmen terhadap reformasi politik.

“Namun, PH dan DAP bersedia untuk memaksa mereka bagi melaksanakan reformasi ini dan pada masa yang sama mengikuti rancangan kami untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat dengan memanfaatkan ketakutan mereka terhadap kehilangan kuasa…” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Kerajaan Persekutuan dan PH Isnin lalu melakar satu sejarah negara dengan pemeteraian MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara wakil kerajaan dan PH di bangunan Parlimen.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP memilih untuk tetap menjadi pembangkang bagi memainkan bukan sahaja peranannya sebagai semak dan imbang. 

“…tetapi juga menawarkan alternatif yang sebenar kepada rakyat tentang sebuah kerajaan rakyat yang dibimbing  oleh prinsip, cita-cita dan idea,” katanya. 

Beliau menambah, MoU itu dibentuk untuk menjana reformasi institusi yang penting serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion dan Pelan Reset Covid-19 Negara yang baharu. 

Menurutnya, Pelan Pemulihan Ekonomi bernilai RM45 bilion juga disertai dengan usaha yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk mengecualikan faedah selama tuga bulan dalam tempoh moratorium pinjaman bank bagi 50 peratus penduduk terbawah (B40). 

“Saya telah bercakap dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz selepas majlis tandatangan perjanjian di Parlimen untuk mempertimbangkan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.  

Oleh Aziera NH

Pakatan Harapan (PH) dan DAP bersedia untuk memaksa Kerajaan Persekutuan melaksanakan reformasi-reformasi institusi utama, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) kelmarin. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam masa yang sama PH juga akan memastikan rancangan gabungan itu untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat turut diikuti. 

“DAP menyedari bahawa menandatangani MoU dalam iklim politik semasa bukanlah paling sesuai, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan lawan politik yang tidak mempunyai sejarah dan komitmen terhadap reformasi politik.

“Namun, PH dan DAP bersedia untuk memaksa mereka bagi melaksanakan reformasi ini dan pada masa yang sama mengikuti rancangan kami untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat dengan memanfaatkan ketakutan mereka terhadap kehilangan kuasa…” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Kerajaan Persekutuan dan PH Isnin lalu melakar satu sejarah negara dengan pemeteraian MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara wakil kerajaan dan PH di bangunan Parlimen.

Guan Eng yang jug Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP memilih untuk tetap menjadi pembangkang bagi memainkan bukan sahaja peranannya sebagai semak dan imbang. 

“…tetapi juga menawarkan alternatif yang sebenar kepada rakyat tentang sebuah kerajaan rakyat yang dibimbing  oleh prinsip, cita-cita dan idea,” katanya. 

Beliau menambah, MoU itu dibentuk untuk menjana reformasi institusi yang penting serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion dan Pelan Reset Covid-19 Negara yang baharu. 

Menurutnya, Pelan Pemulihan Ekonomi bernilai RM45 bilion juga disertai dengan usaha yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk mengecualikan faedah selama tuga bulan dalam tempoh moratorium pinjaman bank bagi 50 peratus penduduk terbawah (B40). 

“Saya telah bercakap dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz selepas majlis tandatangan perjanjian di Parlimen untuk mempertimbangkan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.  – Roketkini.com