Rencana

Komitmen DAP pastikan masyarakat divaksinasi, beli kit ujian mampu milik

Oleh Wartawan Roketkini 

Tanpa mengira masa, DAP terus komited dalam menyantuni masyarakat setempat lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik yang membelenggu negara ini. 

Ini merangkumi usaha memastikan anggota-anggota masyarakat mendapat suntikan vaksin yang diperlukan serta mampu membeli kit ujian Covid-19 sendiri. 

Di Perak, DAP tetap turun padang melaksanakan program ‘outreach vaksinasi’ di Batu 12 Teluk Intan yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. 

Untuk rekod, pasukan khidmat DAP Perak sudah membantu lebih 22,000 orang untuk memperolehi vaksin percuma menerusi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak. 

Program ‘Outreach Vaksinasi’ di Batu 12 Teluk Intan

Sementara itu, Pusat Khidmat P186 Parlimen Sandakan telah melancarkan Program Vaksinasi Bergerak dari rumah ke rumah pada 18 Setember lalu. 

Program ini adalah hasil kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) daerah Sandakan. 

Menurut Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, program tersebut telah berjaya memberi vaksin kepada 24 warga emas yang terlantar dan orang kurang upaya (OKU).

“Majoriti pemohon untuk program ini adalah warga tua berumur 80 tahun ke atas dengan pergerakan yang terhad dan OKU.

“Sesetengah daripada mereka mengalami demensia, penyakit Parkinson, penyakit buah pinggang dan penyakit sendi dimana ia menjadikan pergerakan mereka terbatas dan sukar untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksinasi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 

Program Vaksinasi Bergerak oleh Pusat Khidmat P186 Parlimen Sandakan

Melalui aktiviti ini, Vivian berharap akan dapat memberi vaksin kepada lebih ramai orang yang memerlukan vaksin ini dan menyumbang kepada matlamat Sabah untuk mencapai sasaran imuniti kelompok. 

Dalam pada itu, DAP Bukit Pasir di atas inisiatif DAP Johor telah menjual Kit Ujian Kendiri Covid-19 pada harga subsidi RM10. 

Penjualan Kit Ujian Kendiri Covid-19 pada harga subsidi RM10 oleh DAP Bukit Pasir

Langkah itu bagi menggalakkan orang ramai untuk menjalankan ujian kendiri bagi mengetahui status risiko jangkitan diri.

“Sukacita kami maklumkan bahawa stok kit ujian kendiri Covid-19 yang dihadkan penjualan telah habis dijual, dan kami berterima kasih kepada warga Bukit Pasir yang membelinya. 

“Ini sekali gus menunjukan kesedaran yang tinggi di dalam memerangi wabak Covid 19,” kata DAP Bukit Pasir di laman Facebook baru-baru ini. – Roketkini.com